7 Langkah ke Arah KEBEBASAN KEWANGAN
1) LANGKAH PERTAMA
Membina Financial Foundation. Apa itu Financial Foundation?
Financial Foundation ialah mengetahui berapa kos hidup kita secara bulanan atau tahunan. Elemen financial foundation boleh dirujuk seperti di bawah
a) Tempat tinggal
b) Bil, utiliti dan loan
c) Makanan, minuman dan pakaian
d) Pengangkutan
e) Insurans kesihatan dan cukai
f) Wang untuk diri sendiri
Setiap elemen ini hendaklah ditulis dan dikira secara bulanan supaya kita sama-sama tahu berapa banyak kos yang kita perlu ada dalam sebulan untuk kos sara hidup.
Sebagai contoh:
Tempat tinggal merangkumi bayaran installment rumah ataupun sewa kita
Pengangkutan merangkumi bayaran installment kereta atau motor atau pengangkutan awam sekiranya kita tidak membeli kenderaan
Cukai merangkumi cukai pendapatan, cukai kenderaan, cukai pintu, cukai tanah, cukai jalan dan zakat
Ok dah kira ke belum? Katakan lah dibawah ini adalah kita punya kos bulanan. Ini adalah sebagai contoh, perlu diingatkan bahawa setiap individu mempunyai tahap kewangan yang berbeza.
Andaikan sahaja kita bujang, baru kerja setahun di ibu kota dan mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM 2500.
a) Tempat tinggal - RM 250
b) Bil, utiliti dan loan - RM 200
c) Makanan, minuman dan pakaian - RM 600
d) Pengangkutan - RM 400
e) Insurans kesihatan dan cukai - RM 350
f) Wang untuk diri sendiri - RM 300
PENDAPATAN / INCOME = RM 2500
KOS HIDUP / EXPENSES = RM 2100
BAKI / BALANCE = RM 400
Langkah pertama adalah untuk kita mengetahui berapa banyak kos hidup kita. Siapa di antara kita yang tak pernah mencatat seberapa banyak duit yang keluar daripada poket kita, sangat disarankan untuk mula mencatat segera.
Sekiranya anda seorang pelajar yang masih belum mempunyai pekerjaan, tuliskan elaun bulanan ataupun pinjaman bulanan yang anda terima sebagai INCOME. Makanala apa yang kita sama-sama kira di atas tadi adalah EXPENSES.
Ok dapat? Jom teruskan ke langkah kedua.
2) LANGKAH KEDUA
Setelah anda berjaya mengetahui kos hidup bulanan anda, langkah kedua untuk mencapai kebebasan kewangan adalah anda perlu menjana 6 bulan simpanan.
Berapa banyak yang perlu disimpan? Simpan ikut kos hidup (expenses) kita tadi. Kos hidup kita tadi RM 2100 kan? Maknanya kita kena ada RM 12 600 baru la kita dah mencapai langkah kedua.
Katakanlah baki RM 400 setiap bulan tadi kita tak sentuh langsung. Kita memang sangat berhati hati dan memang betul betul terdesak ingin mencapai kebebasan kewangan. Jadi kira-kira kita adalah seperti berikut.
RM 12 600 / RM 400 = 31.5 bulan atau 2 tahun setengah.
Kita dah ada 6 bulan simpanan kan? Jom kita ke langkah ke tiga pulak.
3) LANGKAH KETIGA
Langkah ketika adalah menjana lebihan pendapatan minimum RM 500. Penjanaan ini adalah perlu secara tetap. Sebagai contoh kita dah ada baki RM 400 setiap bulan tadi kan? Apa kata kita dapatkan extra RM 100 atau RM 150 lagi dengan berniaga secara kecil kecilan.
Perlu diingatkan bahawa berniaga bukannya bermaksud kena menjual barang fizikal dan sebagainya tetapi menjalankan servis juga adalah salah satu bentuk perniagaan. Sebagai contoh kita sewakan kereta kita pada setiap minggu dengan harga RM 50 maka sebulan kita dah boleh jana RM 200 secara konsisten. Kalau kita tak ada kenderaan, apa salahnya kita sewakan bilik kita seperti apa yang AirBnB buat. Ataupun kita buat part time jobs di internet. Apa sahaja yang boleh mendatangkan pendapatan lebih dan sesuai untuk kita.
4) LANGKAH KEEMPAT
Kita dah sama-sama sampai ke tahap ini. Tahniah! Kita patut berbangga dengan pencapaian kita. Sebab bukan mudah untuk sampai ke tahap ini. Ada orang yang boleh sampai tahap ini dalam masa 6 bulan, ada yang memakan masa 2 tahun, ada yang 10 tahun dan ada yang tak sampai langsung ke tahap ini. Sebabnya? Mereka tidak ada strategi dan ilmu yang betul untuk mencapai kebebasan kewangan.
Ok sekarang 6 bulan simpanan dah ada, extra RM 500 bulanan secara tetap pun dah ada. Jadi apa langkah seterusnya?
Langkah keempat adalah kita membina pelaburan yang boleh cover langkah ketiga
Langkah ketiga: RM 2600
Saya tulis menjana dan membina adalah kerana anda tidak boleh terus melompat dari langkah pertama terus ke langkah keempat kerana sekiranya anda salah lompat anda akan sakit. Perlu melangkah secara konsisten dan slow tapi steady.
Analoginya boleh kita lihat sekiranya anda tak pandai berenang dan saya tolak anda terus ke dalam kolam renang atau laut. Mesti anda terkapai kapai kan? Sebabnya? Kita tak biasa dan ini adalah sesuatu yang baru untuk kita. Jadi langkah lah dengan berhati hati.
Pelaburan apa nak dibuat ni sampai boleh jana RM 2 600 secara bulanan? Gila ke apa? Saya tak letakkan timeline atau timeframe pun untuk anda. Sebabnya timeline dan timeframe ini kita sendiri yang tentukan.
Pelaburan mempunyai definisi yang tersendiri dan saya pasti ia sangat berbeza untuk setiap individu. Saya akan berkongsi definisi pelaburan saya pada perkongsian akan datang, tetapi untuk perkongsian kali ini kita boleh bersetuju bahawa setiap pelaburan adalah untuk mendapatkan pulangan yang setimpal dengan pelaburan kita.
RM 2 600 sebulan adalah satu nilai yang besar untuk kebanyakan individu. Saya akui fakta tersebut. Tetapi ia adalah suatu nilai yang tidak mustahil untuk dicapai.
Kita bermula dengan menjana RM 1000 secara konsisten dengan berniaga sambilan
Kemudian menyewakan kereta kepada syarikat kereta sewa dapat RM 500 sebulan
Membeli rumah dan sewa. Dapat lebihan tunai RM 600
Beli rumah lagi dan sewa. Dapat lebihan tunai RM 500
Total pendapatan pelaburan RM 2600. Kalau dah sampai tahap ni maknanya kita dah sikit lagi sampai ke kebebasan kewangan (financial freedom). Mustahil ke tak? Rasanya tak mustahil untuk dicapai.
5) LANGKAH KELIMA: KEBEBASAN KEWANGAN (FINANCIAL FREEDOM)
Dah sampai ke langkah ini? Tahniah! Sangat sedikit yang sampai ke tahap ini. Formula Financial Freedom boleh kita tengok macam ini
PASSIVE INCOME > ACTIVE INCOME > EXPENSES
Pendapatan pasif kita tak perlu kerja
Pendapatan aktif kita kena kerja
Kos hidup kerja atau tidak kita mesti kena bayar
Jom kita tengok macam mana kita boleh sampai ke tahap ini dengan kira kira tadi.
Passive income = RM 2600
Active income = RM 2500
Expenses = RM 2100
Passive Income (RM 2600) > Active Income (RM 2500) > Expenses (RM 2100)
Jadi kita dah capai kebebasan kewangan! Yay! Syukur!
Malas lah nak kerja sebab dah capai kebebasan kewangan, tak ada masalah sebabnya kalau buat kira kira ia akan jadi macam ini
Passive Income (RM 2600) >
Kita tetap boleh meneruskan hidup tanpa memikirkan beban kewangan.
Keyword penting kat sini adalah perlunya menjana PENDAPATAN PASIF untuk mencapai kebebasan kewangan.
Dah sampai sini sebenarnya dah tak perlu kejarkan apa lagi. Nak pergi melancong? Pergi lah, tiada siapa halang. Nak berkebun? Berkebun lah. Nak memancing? Pergi je tak ada siapa nak marah. Nak main game 8 jam sehari? Suka hati kita la nak buat apa pun.
Tapi kalau kita bosan asyik melancong, asyik berkebun, asyik memancing dengan asyik main game je apa kata kita terus tengok langkah ke enam.
6) LANGKAH KEENAM: ABSOLUTE FINANCIAL FREEDOM
Contoh orang yang mencapai absolute financial freedom boleh dilihat seperti Bill Gates, Warren Buffet, Sam Walton dan billionaires serta millionaires yang saya pasti anda boleh google sendiri.
Sekiranya diuukur melalui kewangan, perkiraan untuk capai absolute financial freedom ini boleh diukur dengan masa. Iaitu seberapa banyak masa yang diperlukan untuk menghabiskan pendapatan pasif yang telah dijana.
Sebagai contoh sekiranya setiap jam mereka menjana RM 12 000. Maka sehari boleh menjana RM 288 000 dan sebulan RM 8 640 000. Maka seberapa panjang masa yang diperlukan untuk menghabiskan duit yang telah dijana tadi.
Golongan ini diakui mempunyai masalah terlalu banyak duit dan tidak tahu bagaimana untuk menghabiskannya.
7) LANGKAH KETUJUH: ULTIMATE FINANCIAL FREEDOM
Apa lagi yang anda nak tahu? Langkah terakhir ini tak payah jejak la. Nanti hidup dipenuhi kemurungan macam atuk Thorin Oakenshield dan Thorin Oakenshield disebabkan terlalu taksub dengan harta.
Sebenarnya saya rasa kalau anda dah capai tahap ini apa yang anda perlu fokus adalah tinggalkan semua kekayaan anda dan start semula. Reset balik langkah dah start fresh.
Ataupun basmi kebuluran di negara-negara miskin. Bantu mereka. Dedicate seluruh hidup untuk bantu insan lain yang kurang mengecapi kenikmatan hidup.
Dalam sejarah setakat posting ini ditaip, masih belum ada trillionnaire. Dan saya pasti future trillionaire wujud di zaman kita nanti. Sudah lahir atau belum saya tak pasti tapi yang pasti mesti ada juga suatu hari nanti. Kalau masih tiada apa kata kita sama-sama capai?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ilmu ini dikongsikan oleh Abang Abu di salah satu seminar kewangan beliau. Saya merupakan salah seorang peserta seminar beliau yang sedikit sebanyak terinspirasi dengan perkongsian ilmu beliau. Segala penambahanbaik konten adalah melalui pembacaan dan pengalaman saya sendiri serta pengalaman orang yang telah mencapai kebebasan kewangan melalui cara mereka sendiri.
0 comments: