Menjana Pendapatan Pasif melalui SEWA (Hartanah)

23:20 0 Comments

Terdapat pelbagai teknik menjana pendapatan pasif melalui sewaan hartanah. Konsep hartanah dengan sendirinya merangkumi pelbagai aspek yang banyak untuk dibincangkan. 


Sewa hartanah boleh dijana melalui sewa bilik, sewa bilik sewa parking lot, sewa lot tanah, sewa lot kedai, sewa kedai, sewa bilik pejabat, sewa pejabat, sewa lot berniaga, sewa expo, sewa gudang, sewa sebahagian gudang dan sewa dewan adalah beberapa contoh yang saya kira sudah cukup untuk kita sama-sama dapat idea penjanaan pendapatan melalui sewa.



Konsep sewa melalui hartanah selalunya bertempoh dari sehari sehingga ke 3 tahun. Sekiranya lebih daripada 3 tahun, ia akan disebut pajak. Pajakan selalunya digunakan untuk hartanah kebun, ladang dan dusun. Konsep leasehold di geran rumah atau tanah juga termasuk dalam kategori pajakan iaitu pegangan sehingga 99 tahun. 



Secara mudahnya konsep sewa dan pajak mempunyai tempoh seperti berikut 



SEWA – Sehari ke 3 tahun
PAJAK – 3 tahun ke 99 tahun

Pada kali ini, saya ingin mengajak anda untuk bermula dengan yang paling mudah iaitu bermula dengan apa yang ada. Sekiranya anda mempunyai rumah, sewakan satu bilik ataupun sewakan parking lot anda. 

Mari saya kongsikan bagaimana untuk bermula. Ianya tidak bermaksud anda perlu mempunyai hartanah rumah baru lah anda boleh menjana pendapatan pasif ini. Kepada yang menyewa pun boleh menjana sewa. Anda fikir ini mustahil? 

Pernah dengar AIRBNB? Kalau belum, jom kita sama-sama lihat gambar rajah di bawah bagaimana 2 sahabat di San Francisco yang tidak mampu membayar sewa rumah pada tahun 2007 boleh membina syarikat yang bernilai 10 billion dollar pada tahun 2014 dan masih berkembang sehingga sekarang. 







Penerangan



2007
1. Dua sahabat Joe dan Brian tidak mampu membayar sewa rumah. Mereka mencari idea untuk menyewakan tilam angin (air matresses) di atas lantai dan menyediakan sarapan pagi kepada penyewa.
2. Mereka membina satu website airbedandbreakfast.com sebagai medium pemasaran mereka.
3. Dua lelaki dan seorang perempuan datang menyewa dengan nilai USD 80 seorang.
4. Selesai sahaja mereka bermalam, Joe dan Brian berfikir bahawa idea ini boleh menjadi lebih besar

2008 
5. Mereka menjemput bekas rakan sewa rumah mereka, Nathan untuk sama-sama menjadi co-founder untuk membina website.
6.  Melancarkan website dan servis mereka di SXSW (South by Southwest). Ia konvesyen tahunan filem set, interaktif, festival muzik 
yang diadakan pada pertengahan Mac di Austin, Texas, Amerika Syarikat. 7. Mereka memperoleh dua tempahan dari konsyensyen ini. 8. Mereka berdua menjual Obama O cereal bernilai USD 40 satu sebelum pilihan raya dan berjaya menjana USD 30, 000 yang pertama.


2009
9. Mendapat suntik modal sebanyak USD 20, 000 daripada Paul Graham (Y Combinator) - sebuah syarikat penyuntik modal dan penasihat. Sebagai pertukaran atau balasan Y Combinator akan mengambil purata kira-kira 6 % daripada ekuiti syarikat 10. Menjana USD 200 setiap minggu, tetapi syarikat tidak berkembang. 11. Menyedari bahawa gambar tempat tidak menarik 12. Mereka ke New York dan mengambil gambar rumah yang menarik 13. Seminggu kemudian mereka menjana USD 400 seminggu daripada USD 200 seminggu. Perniagaan syarikat mula berkembang 14. Ditolak oleh Venture Capital ( VC ) terkemuka di New York - Venture Capital (VC) adalah modal kewangan yang disediakan untuk peringkat awal, berpotensi tinggi, syarikat-syarikat permulaan pertumbuhan. Venture Capital (VC) mendapat wang dengan memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat yang mereka melabur yang biasanya mempunyai teknologi baru atau model perniagaan dalam industri berteknologi tinggi seperti bioteknologi dan teknologi maklumat. 15. Pemain drum penyanyi terkemuka Barry Manilow's menyewa seluruh rumah. 16. Menjana USD 600, 000 daripada Seed Round daripada Sequoia - Seed Round / Seed Money adalah benih kewangan yang kadang-kadang dikenali sebagai pembiayaan awal atau dana benih merupakan satu bentuk sekuriti yang menawarkan satu pembelian pelabur di bahagian perniagaan. 

2010-2011

17. Menjana USD 7.2 million kemudian USD 112 million daripada ramai pelabur termasuk daripada Ashton Kutcher.
2014
18. Penilaian syarikat AirBnB adalah bernilai USD 10 billion pada tahun 2014. --------------------------------------------------------------------------------------------- Nampak tak bagaimana kisah dua sahabat ini boleh menjadi inspirasi kepada kita dalam menjana pendapatan pasif melalui sewa hartanah? 
Mereka bermula dengan apa yang ada sahaja iaitu lantai dan tilam angin (air mattress) dan IDEA untuk menjana kewangan. 
Sekira mereka boleh melakukannya, mengapa kita tak boleh? Ingat bagaimana mereka bermula? Tidak mampu membayar sewa. Kemudian terus menerus menjana pendapatan sehingga dinilai USD 10 billion pada tahun lepas.

Unknown

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments: