Apa itu (financial freedom) kebebasan kewangan?
1. Kebebasan kewangan sebenarnya membawa maksud yang lebih daripada sekadar mempunyai wang yang banyak. Ia adalah kebebasan untuk menjadi diri anda yang sebenar dan melakukan apa sahaja yang anda benar-benar mahu dalam hidup.2. Ramai di antara kita, terutamanya wanita, kehilangan keistimewaan ini dengan mengutamakan perkara lain dan memainkan banyak peranan yang berbeza seperti menjadi ibu, isteri, pekerja, rakan, dan banyak lagi.
3. Jika anda mahu menjadi bebas dari segi kewangan , anda perlu menjadi orang yang berbeza daripada anda hari ini dan melepaskan apa sahaja yang telah mengikat anda ke masa lalu.
4. Ia adalah satu proses pertumbuhan, pembaikan dan memperbaiki kekuatan rohani dan emosi untuk menjadi "diri anda" yang paling berkuasa, bahagia, dan berjaya. Itulah ganjaran sebenar kebebasan kewangan - Kim Kiyosaki
5. Perkara penting yang perlu anda ingati:a) Tanpa kebebasan kewangan, anda akan menjadi hamba kepada duit.
b) Mencapai kebebasan kewangan akan mengambil masa, dedikasi dan kerja keras...
tetapi ianya pasti berbaloi akhirnya.c) Ingat, wang bukanlah segalanya. Tetapi semuanya memerlukan wang pada
zaman ini.
d) Ingat dengan wang kita boleh menolong orang yang dalam kesusahan.
e) Hampir semua orang mempunyai kebolehan untuk berjaya, tetapi hanya sedikit
sahaja yang mempunyai komitmen untuk berkorban demi mencapai kekayaan.
0 comments: